• info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8, Petaling Jaya, Selangor
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us

Press Releases

Press Releases
Date: 11 April 2023

CSO PLATFORM FOR REFORM KESAL DENGAN CUBAAN MEMPERTIKAI KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN NEGARA

CSO Platform for Reform ingin menyatakan kekesalan kami terhadap cubaan mempertikai kebebasan institusi kehakiman di negara kita. Kami menyokong penuh kenyataan Presiden Majlis Peguam Malaysia pada 4 April 2023 mengenai dokumen yang didakwa bocor dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan serangan terhadap Mahkamah dan hakim-hakimnya.

Kami mengambil maklum terhadap intimidasi berterusan yang terarah kepada mahkamah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab berkaitan dengan kes SRC dan kami merasakan serangan-serangan ini merupakan satu ancaman terhadap prinsip keadilan di negara kita. Sebagai sebuah negara MADANI, kita seharusnya memahami bahawa 14 Hakim telah menimbangkan kes tersebut dan 13 daripadanya telah memberikan keputusan rasional yang mengekalkan sabitan. Oleh itu, tindakan untuk mempertikai pentadbiran keadilan negara melalui serangan berterusan di media atau melalui cara-cara lain adalah tidak dapat diterima dan wajar dihentikan serta merta.

Kami juga berpendapat bahawa isu konflik kepentingan yang didakwa oleh Peguam Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak telah dibincangkan dan diperdebatkan oleh para peguam di hadapan 2 panel berasingan Mahkamah Persekutuan. Pada kedua-dua kes, Mahkamah Persekutuan telah mempertimbangkan perkara tersebut dan memutuskan bahawa dakwaan tersebut tidak berasas. Oleh itu, dakwaan konflik kepentingan terhadap Hakim Nazlan telah diputuskan secara muktamad dan tidak dapat disangkal lagi.

Kami juga berpendapat bahawa surat SPRM yang didakwa "bocor" bertarikh 20 Februari 2023 yang dihantar kepada Ketua Hakim Negara dan telah tersebar luas kepada media adalah sebuah kesalahan serius oleh SPRM dalam menjalankan kuasa dan bidang kuasanya di bawah akta mereka. Selain itu, surat dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Bin Othman kepada peguam Dato’ Sri Najib telah sama-sama "bocor" kepada media yang secara tidak langsung menjadikan isu ini seolah-olah menimbulkan keraguan sehingga adakah wujud campur tangan daripada sesetengah pihak.

Selain itu, CSO Platform For Reform ingin menggesa supaya mana-mana pihak menghentikan serangan mereka terhadap institusi kehakiman negara bagi memastikan integriti badan kehakiman negara ini terus dipelihara. Kami juga ini mengingatkan bahawa badan judisiari negara sepatutnya bebas tanpa ada sebarang campur tangan politik mahupun pihak-pihak tertentu semata-mata ingin memenuhi kehendak sesetengah pihak.

Dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu CSO Platform for Reform



Back
CSO Platform for Reform

The CSO Platform for Reform is a coalition of more than 60 members focusing on institutional reforms for a better Malaysia for all.

Sitemap

Home
About
Clusters
Calendar
Media
> Publications
> Press Releases
> Productions

Contact
> Location & Contacts
> Membership
> Contact Form
> FAQ

Content Search

Contact Us

  • +603 79685415
  • info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8,
    Petaling Jaya, Selangor

© 2023 CSO Platform for Reform. All Rights Reserved