• info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8, Petaling Jaya, Selangor
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us

Press Releases

Press Releases
Date: 12 June 2023

CSO Platform for Reform Mengesyorkan Peruntukan Tambahan untuk Memperkuat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

CSO Platform for Reform mengucapkan tahniah kepada barisan pengerusi yang baru dilantik bagi 10 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK), seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Tan Sri Johari Abdul, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat pada 6 Jun 2023 yang lalu. Sebagai sebuah organisasi yang berfokus kepada reformasi institusi dan tadbir urus yang baik, kami mengakui kepentingan pelantikan ini dalam menangani isu-isu mendesak yang memberi kesan kepada negara dan rakyatnya.

Sementara kami menghargai pembentukkan JKPK, kami juga ingin menggesa pejabat YDP Dewan Rakyat agar memperuntukkan dana yang mencukupi supaya jawatankuasa ini dapat menjalankan tugas di luar sesi parlimen. Pada masa ini, JKPK hanya boleh mengadakan mesyuarat semasa sidang parlimen sahaja, dan ini mungkin menghalang keupayaan mereka untuk memenuhi peranan mereka sepenuhnya dengan lebih berkesan.

Selain itu, kami menyeru Kementerian Kewangan untuk memberi peruntukan tambahan bagi memastikan JKPK dibiayai secukupnya supaya mereka dapat berfungsi di luar sesi-sesi parlimen, seperti parlimen-parlimen yang baik di seluruh dunia. Format semasa yang hanya membolehkan mesyuarat diadakan semasa sidang parlimen bukanlah cara yang paling berkesan untuk menjalankan JKPK. Dengan adanya pembiayaan yang mencukupi, ahli-ahli Parlimen yang terlibat dalam JKPK akan mempunyai sumber yang diperlukan untuk mengkaji perkara-perkara penting, memastikan mereka dapat menangani isu-isu dengan berkesan dan menjadi semak dan imbang yang penting untuk meningkatkan usaha pentadbiran kerajaan. Kami teguh berpendapat bahawa langkah ini adalah penting untuk mendorong reformasi bermakna dan membina kerangka pentadbiran yang memberi manfaat kepada negara dan rakyat secara keseluruhannya.

CSO Platform merupakan sebuah gabungan lebih 60 pertubuhan masyarakat sivil yang memberi tumpuan kepada reformasi parlimen dan dewan undangan negeri, reformasi undang-undang/dasar penting, reformasi kepimpinan tadbir urus, dan reformasi institusi. Oleh itu, kami ingin menyatakan hasrat kami untuk mengambil bahagian secara aktif dalam mesyuarat JKPK yang berkaitan, dan memohon untuk dijemput sebagai pemerhati, serta menjadikan gabungan kami sebagai rakan strategik yang berkesan. Dengan memanfaatkan kepakaran dan pengalaman kami, kami akan dapat memberi pandangan yang berharga dan menyumbang kepada keseluruhan keberkesanan JKPK.

Kami yakin dan pasti bahawa dengan melibatkan CSO Platform dalam mesyuarat JKPK, kami dapat menyumbang input yang bernilai kepada perbincangan yang bakal diadakan. Bersama-sama, kami dapat memainkan peranan yang lebih efektif dalam memacu agenda reformasi dan memberi sumbangan yang signifikan kepada usaha membangun negara serta memperkuatkan kerangka pentadbiran MADANI yang lebih kukuh.

Note:
The CSO Platform for Reform is a coalition of 60 CSOs, based in Malaysia, focusing on institutional reforms.



Back
CSO Platform for Reform

The CSO Platform for Reform is a coalition of more than 60 members focusing on institutional reforms for a better Malaysia for all.

Sitemap

Home
About
Clusters
Calendar
Media
> Publications
> Press Releases
> Productions

Contact
> Location & Contacts
> Membership
> Contact Form
> FAQ

Content Search

Contact Us

  • +603 79685415
  • info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8,
    Petaling Jaya, Selangor

© 2023 CSO Platform for Reform. All Rights Reserved

>>>