• info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8, Petaling Jaya, Selangor
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us

Press Releases

Press Releases
Date: 16 January 2024

GUNA PAKAI ELEMEN TELUS DAN KETERANGKUMAN DALAM PROSES PELANTIKAN PESURUHJAYA IPCC

CSO Platform for Reform melahirkan rasa kebimbangan yang mendalam terhadap pengumuman Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail baru-baru ini berhubung dengan pelantikan anggota baharu dalam Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC). Dalam menyedari kepentingan badan bebas untuk memantau integriti polis, kami mendapati terdapat beberapa aspek tertentu yang merisaukan dalam proses pelantikan tersebut.

Pertama sekali, kekurangan kepelbagaian dalam kalangan ahli suruhanjaya yang dilantik adalah merisaukan. Sebuah badan kerajaan yang mengawal selia kelakuan polis tidak boleh dianggotai oleh bekas pegawai kerajaan semata-mata, kerana ia akan menunjukkan corak konflik yang jelas - seperti yang dilihat dalam badan-badan lain seperti SPRM, SPR, SUHAKAM, dan lain-lain. Ini kerana individu yang mempunyai latar belakang dalam penguatkuasaan undang-undang atau agensi kerajaan akan menimbulkan persoalan tentang kebebasan suruhanjaya tersebut. Walaupun kepakaran sedemikian sebenarnya sangat bernilai, namun demikian mencapai keseimbangan dengan memasukkan ahli daripada pelbagai latar belakang profesional—seperti pakar undang-undang, wakil masyarakat sivil dan peguam bela hak asasi manusia—adalah penting untuk memastikan pendekatan yang lebih tidak berat sebelah dan terangkum.

Memandangkan salah laku polis akan membawa kepada soal keselamatan dan keyakinan awam, proses pelantikan jawatankuasa yang menyelianya harus diuruskan dengan telus sebagai prinsip panduan. Oleh itu, kami menggesa KDN untuk mendedahkan satu laporan yang komprehensif tentang kriteria yang digunakan dalam pemilihan ahli, termasuk kelayakan mereka dan rasional di sebalik setiap pelantikan tersebut. Ketelusan sedemikian adalah penting untuk mengelakkan sebarang persepsi pilih kasih atau berat sebelah dalam proses pemilihan, seterusnya memberi jaminan kepada orang ramai terhadap pelantikan suruhanjaya tersebut.

Selain itu, antara amalan terbaik yang boleh dipelajari dari negara lain adalah seperti di United Kingdom yang mewujudkan Pejabat Bebas untuk Kelakuan Polis (IOPC) dan Kanada yang mewujudkan Pejabat Penyiasatan Bebas (IIO) yang turut dianggotai oleh pemantau bebas untuk menyelia perkara tersebut. Ini secara tidak langsung akan menyerlahkan kepentingan kepelbagaian dan ketelusan di dalam badan pengawasan yang dilantik tersebut. Tambahan pula, banyak model yang berjaya menggabungkan pelbagai kepakaran dan latar belakang, memupuk kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap keupayaan institusi untuk menangani aduan secara adil. Penglibatan organisasi masyarakat sivil dalam proses pelantikan adalah penting untuk menyediakan akauntabiliti awam melalui wacana terbuka. Ini akhirnya akan memberikan lapisan pemeriksaan tambahan dan memastikan perwakilan yang dilantik yang lebih seimbang.

CSO Platform for Reform amat mengesyorkan proses perundingan yang menyeluruh dan inklusif dengan pihak berkepentingan yang berkaitan, termasuk organisasi masyarakat sivil, untuk menjamin bahawa suruhanjaya itu benar-benar mencerminkan kepentingan orang ramai. Kami menggesa pihak kementerian untuk menggunakan pendekatan yang lebih inklusif dalam pelantikan masa depan, memastikan suruhanjaya itu mewakili pelbagai perspektif dan pengalaman dalam masyarakat kita. Ini bukan sahaja meningkatkan kredibiliti suruhanjaya itu tetapi juga mengukuhkan kepercayaan orang ramai terhadap keupayaannya untuk menangani aduan secara saksama.

Pada Mac 2023, CSO Platform for Reform telah mengeluarkan laporan 100 Hari Kerajaan Perpaduan, dan kebimbangan yang telah dibangkitkan adalah bahawa IPCC tidak mempunyai kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan yang mencukupi yang secara tidak langsung menunjukkan bahawa suruhanjaya ini sebenarnya mempunyai standard yang lebih rendah daripada Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang telah diperjuangkan oleh organisasi masyarakat sivil. Kerajaan juga mesti menjalankan usaha wajar dalam menjadikan IPCC mematuhi piawaian antarabangsa, lebih-lebih lagi apabila pelantikan pesuruhjaya mestilah pada tahap yang terbaik.

Kami percaya bahawa pelaksanaan amalan terbaik ini akan meningkatkan keberkesanan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dalam memenuhi mandatnya dan menegakkan prinsip keadilan dan akauntabiliti.



Back
CSO Platform for Reform

The CSO Platform for Reform is a coalition of more than 60 members focusing on institutional reforms for a better Malaysia for all.

Sitemap

Home
About
Clusters
Calendar
Media
> Publications
> Press Releases
> Productions

Contact
> Location & Contacts
> Membership
> Contact Form
> FAQ

Content Search

Contact Us

  • +603 79685415
  • info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8,
    Petaling Jaya, Selangor

© 2023 CSO Platform for Reform. All Rights Reserved

>>>