• info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8, Petaling Jaya, Selangor
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us

Press Releases

Press Releases
Date: 16 Sept 2023

Renungan Hari Malaysia: 60 Tahun Pembentukan, Kepentingan MA63, dan Pentingnya Pembaharuan Institusi untuk Pembinaan Negara Bangsa

Di waktu Malaysia menyambut ulang tahun ke-60 sejak pembentukan negara ini, mari kita mengimbau kembali komitmen yang dibuat dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Pada hari ini, kita berhenti sejenak untuk merenung masa lalu, menilai masa kini, dan membayangkan masa depan kita.

MA63: Seberapa Seriuskah Kita?

Perjanjian Malaysia 1963, sebuah dokumen penting kepada pembentukan Malaysia yang telah direka untuk memastikan kepentingan dan autonomi Sabah dan Sarawak, sebagai rakan kongsi yang sama rata; dan untuk memupuk kestabilan politik, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial. Enam dekad berlalu, ini masanya untuk kita bertanya kepada diri sendiri, "Sejauh manakah kita serius untuk menghormati perjanjian ini?" Perjanjian ini adalah komitmen untuk memelihara identiti unik dan hak kedua-dua negeri ini, yang satu ketika dahulu merupakan negara berdaulat. Ia juga adalah satu komitmen yang mesti kekal teguh.

Kerana semangat pembinaan negara, kerajaan dan rakyat perlu menilai semula komitmen kita untuk menghormati MA63. Ini bukan masa untuk sekadar bercakap kosong, tetapi tindakan perlu diambil untuk mengangkat dan memperkasakan autonomi Sabah dan Sarawak.

Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia dan mesti terus diiktiraf dan dilihat sedemikian.

Perpaduan Menanti?

Di saat kita memperingati Hari Malaysia, kita perlu mengingati tentang kepelbagaian yang telah membentuk negara kita. Di dalam masyarakat yang berbilang etnik dan budaya ini, perpaduan sentiasa menjadi aspirasi utama. Tetapi adakah kita telah mencapai perpaduan yang sebenar? Kepelbagaian ini harus menjadi kekuatan kita, sumber daya tahan dan inovasi. Mencapai perpaduan ini bukan sekadar meraikan perbezaan di antara kita, tetapi menerimanya dalam semangat saling menghormati dan bekerjasama.

Perpaduan adalah penting dalam pembinaan negara. Bagi menggalakkan dan mengekalkan perpaduan, pembaharuan institusi adalah sebuah alat yang penting. Kita memerlukan reformasi institusi yang boleh menggalakkan keterangkuman, kepelbagaian, dan kepelbagaian seperti, Akta Harmoni, di semua peringkat kerajaan dan masyarakat. Melalui reformasi inilah kita dapat memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia terhadap sebarang cubaan mengganggu keamanan dan perpaduan. Pembaharuan ini juga akan menjamin bahawa setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang mereka, mempunyai kepentingan yang sama dalam kemajuan negara.

Di Mana Kita Selepas 60 Tahun?

Enam dekad adalah satu jangka masa yang panjang, dan sebagai sebuah negara, kita telah melangkah jauh. Kita telah melihat kemajuan yang luar biasa dalam pelbagai bidang, daripada pertumbuhan ekonomi kepada kemajuan teknologi. Namun, kita tidak boleh melupakan cabaran yang masih kita hadapi - jurang ekonomi, jurang politik, kebimbangan alam sekitar, dan usaha mencari keadilan dan keterangkuman untuk semua rakyat.

Untuk kita bergerak ke hadapan, reformasi institusi mestilah menjadi agenda utama dalam usaha pembinaan negara. Ini termasuk menangani rasuah, meningkatkan ketelusan institusi kerajaan, dan memastikan kedaulatan undang-undang diangkat tinggi. Inilah masanya untuk kita mula berusaha ke arah penggubalan Akta Harmoni, Akta Perkhidmatan Parlimen, Akta Perolehan, penubuhan Ombudsman dan lain-lain. Kami ingin mengulangi gesaan kami yang dibuat baru-baru ini berkenaan dengan pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya. Pemisahan demokrasi berparlimen Malaysia melalui tiga cabang iaitu Legislatif, Judisiari dan Eksekutif pastinya dapat mengukuhkan lagi institusi kita untuk mewujudkan persekitaran di mana setiap rakyat Malaysia boleh berkembang maju dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Di Hari Malaysia ini, mari kita luangkan masa untuk mengingati wawasan negara kita. Sabah dan Sarawak kekal sebagai pemacu penting bagi agenda reformasi di seluruh pelusuk Malaysia, dan mempunyai tanggungjawab untuk menuntut barisan pimpinan negara untuk bekerja ke arah reformasi institusi, termasuk menegakkan MA63. Mari kita menegaskan kembali komitmen kita untuk membina Malaysia di mana janji-janji MA63 ditepati, di mana perpaduan bukan sekadar slogan tetapi cara hidup, dan di mana, selepas 60 tahun, kita boleh berdiri bersama.



Back
CSO Platform for Reform

The CSO Platform for Reform is a coalition of more than 60 members focusing on institutional reforms for a better Malaysia for all.

Sitemap

Home
About
Clusters
Calendar
Media
> Publications
> Press Releases
> Productions

Contact
> Location & Contacts
> Membership
> Contact Form
> FAQ

Content Search

Contact Us

  • +603 79685415
  • info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8,
    Petaling Jaya, Selangor

© 2023 CSO Platform for Reform. All Rights Reserved

>>>>>>>>