• info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8, Petaling Jaya, Selangor
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us

Press Releases

Press Releases
Date: 1 Feb 2024

Peningkatan Skor Dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Perlu Diteruskan Bagi Menjamin Tadbir Urus yang Baik di Malaysia.

CSO Platform for Reform mengambil maklum peningkatan dalam Indeks Persepsi Rasuah yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) terhadap negara Malaysia iaitu peningkatan sebanyak tiga mata berbanding 47 mata pada tahun 2022 namun masih terdapat ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh kerajaan Madani dalam mempertingkatkan elemen ketelusan dan akauntibiliti bagi menjamin tadbir urus yang baik.

CSO Platform for Reform berpendapat bahawa tadbir urus yang baik perlu dimulakan dengan memperkasakan institusi sedia ada di negara ini untuk meningkatkan elemen ketelusan. Sebagai contoh, pelantikan bagi jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Badan Berkanun perlu melalui mekanisme pelantikan yang telus yang akan memastikan ia bertanggungjawab kepada Parlimen, untuk menunjukkan keberkesanan elemen tadbir urus bersih tersebut. Selain itu, cadangan Pejabat Ombudsman, yang diumumkan pada bulan Mei tahun lalu oleh Menteri Undang-undang, harus dibentangkan dan ditubuhkan.. Dengan kuasa penyiasatan untuk mengesyorkan tindakan tatatertib terhadap penjawat awam, ketua atau jabatan masing-masing, Ombudsman akan memberi semak dan imbang antara kerajaan dan rakyat.

Dari segi perspektif badan kehakiman, gesaan untuk membentangkan Rang Undang-undang mengenai pengasingan kuasa antara Pejabat Peguam Negara (AGC) dan Pejabat Pendakwa Raya (PP) perlu dilakukan bagi menunjukkan wujud usaha untuk menambah baik institusi perundangan. di Malaysia. Dengan pengasingan kuasa antara AG dan PP, badan itu tidak akan terikat kepada keputusan politik dan akan mempunyai kebebasan untuk memberi pendapat undang-undang berdasarkan prinsip perlembagaan. Pengasingan kuasa ini juga membentuk kebebasan profesionalisme dalam proses perundangan yang seterusnya meningkatkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap sistem perundangan negara kita.

Selain itu, penggubalan Akta Kebebasan Maklumat (FOIA) juga penting dalam meningkatkan tadbir urus negara dari segi ketelusan dan akauntabiliti. Walaupun masih dalam peringkat engagement melalui inisiatif Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), situasi ini menunjukkan keterbukaan kerajaan dalam memperkasakan akta sedia ada demi kesejahteraan rakyat. Ini juga dapat memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan dan memastikan orang ramai turut mendapat akses kepada maklumat yang lebih sahih secara lebih terbuka dan telus daripada kerajaan melalui pindaan Akta 88.

Pengisytiharan harta oleh menteri dan pegawai kabinet perlu menjadi satu keperluan serta menjadi satu amalan yang baik dalam menunjukkan unsur ketelusan dan akauntabiliti mereka kepada rakyat. Kewujudan unit pengisytiharan harta bebas perlu diasingkan daripada Jabatan Perdana Menteri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya badan itu mendapat akses penuh kepada maklumat bagi memudahkan siasatan terhadap pengisytiharan itu. Model ini boleh dilihat di Singapura di mana negara itu menubuhkan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) bagi tujuan menjalankan audit rawak bagi mengesahkan ketepatan pengisytiharan harta

CSO Platform for Reform memuji kerajaan atas penambahbaikan ini, kami juga mengesyorkan proses perundingan yang komprehensif dan inklusif dengan pihak berkepentingan yang berkaitan, termasuk organisasi masyarakat sivil, untuk memastikan kerajaan benar-benar serius tentang agenda untuk mencapai sifar rasuah.



Back
CSO Platform for Reform

The CSO Platform for Reform is a coalition of more than 60 members focusing on institutional reforms for a better Malaysia for all.

Sitemap

Home
About
Clusters
Calendar
Media
> Publications
> Press Releases
> Productions

Contact
> Location & Contacts
> Membership
> Contact Form
> FAQ

Content Search

Contact Us

  • +603 79685415
  • info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8,
    Petaling Jaya, Selangor

© 2023 CSO Platform for Reform. All Rights Reserved

>>>>>>>>