• info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8, Petaling Jaya, Selangor
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us

Press Releases

Press Releases
Date: 20 Sept 2023

CSO PLATFORM FOR REFORM MENUNTUT KETELUSAN, AKAUNTABILITI DAN PENYIASATAN BERKAITAN KES BAYI DIRAMPAS DARIPADA IBU TANPA WARGANEGARA DI HOSPITAL KERAJAAN NEGERI SABAH

CSO Platform for Reform, sebuah gabungan badan masyarakat sivil komited untuk mempertahankan hak semua individu, menyatakan kebimbangan kami mengenai berita mengejutkan tentang bayi-bayi yang dirampas dari ibu-ibu tanpa warganegara untuk tujuan pengangkatan, dan menggesa agar Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) untuk menyiasat kebobrokan ini dengan kadar segera dan penuh ketelusan dan akauntabiliti [1].

Konvensyen Hak Kanak-Kanak, di mana Malaysia menjadi salah satu penandatangannya, menekankan kepentingan utama terbaik bagi kanak-kanak (Perkara 3) dan hak untuk dilindungi daripada semua bentuk eksploitasi (Perkara 36). JKNS dipertanggungjawabkan dalam memastikan kanak-kanak diberikan perlindungan dan memenuhi hak asasi setiap kanak-kanak, tanpa mengira kewarganegaraan atau status imigresen mereka.

Oleh itu, kes-kes yang dilaporkan mengenai ibu-ibu tanpa kewarganegaraan kehilangan bayi mereka di hospital kerajaan Sabah bercanggah dengan prinsip-prinsip dan kewajiban yang terkandung di dalam Konvensyen Hak Kanak-Kanak. Kami menggesa JKNS untuk menjalankan penyiasatan menyeluruh ke atas kes-kes ini dan mengambil tindakan segera untuk memperbetulkan sebarang pelanggaran terhadap hak kanak-kanak yang terdedah ini dan keluarga mereka.

Pendedahan tentang kes di mana seorang kanak-kanak lelaki tanpa warganegara yang mengidap HIV telah meninggal dunia selepas dinafikan rawatan selama bertahun-tahun di hospital Sabah [2] adalah petunjuk akan perlunya tindakan segera untuk menangani masalah golongan tanpa warganegara, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Sebagai kanak-kanak, akses mereka kepada rawatan dan penjagaan kesihatan yang saksama harus diutamakan sebelum status politik. Kejadian yang tragik ini menggariskan betapa perlunya tindakan segera agar akses penjagaan kesihatan saksama dapat disediakan dan segala bentuk diskriminasi terhadap golongan tanpa warganegara dalam sistem penjagaan kesihatan dapat dihapuskan.

Isu tanpa kewarganegaraan di Sabah memerlukan pendekatan yang seimbang bagi menegakkan hak asasi manusia sambil mengambil kira kebimbangan ekonomi negeri tersebut. Walaupun kebimbangan terhadap ekonomi Sabah mengenai isu tanpa kerakyatan adalah luas, ianya tidak seharusnya dijadikan justifikasi untuk menjejaskan hak asasi individu, terutamanya kanak-kanak. Memandangakan kerajaan terus enggan menangani komuniti tanpa warganegara di Sabah yang dilihat akan melebihi penduduk tempatan, Sabah bukan sahaja akan kehilangan potensi sumber pendapatan melalui cukai, tetapi dengan membolehkan komuniti wujud sepenuhnya dengan wang yang tidak diisytiharkan, tanpa disedari kita juga menyokong kewujudan pasaran gelap ini. Dengan kegagalan untuk mengiktiraf komuniti ini, kita menimbulkan kesan berpanjangan iaitu krisis hak asasi manusia, memaksa komuniti ini ke situasi terdesak.

Oleh itu, berdasarkan artikel MalaysiaKini, kami menuntut JKNS untuk:

  • Melakukan penyiasatan secara terbuka dan menyeluruh terhadap kes bayi dirampas daripada
    ibu tanpa warganegara di hospital Sabah serta mengambil tindakan yang sesuai berdasarkan
    keputusan siasatan tersebut.
  • Memastikan penyiasatan itu selaras dengan prinsip keadilan, kesaksamaan dan pematuhan
    kepada Konvensyen Hak Kanak-kanak.
  • Jika dakwaan tersebut didapati tidak benar, pihak JKNS perlu menafikan secara terbuka dan
    menjelaskan dakwaan tersebut untuk mengelakkan sebarang kerosakan yang tidak wajar
    terhadap reputasi sistem penjagaan kesihatan.
  • Utamakan akses penjagaan kesihatan yang saksama dan ambil tindakan segera untuk
    menghapuskan semua bentuk diskriminasi terhadap individu tanpa kewarganegaraan dalam
    sistem penjagaan kesihatan. Setiap orang, tanpa mengira status undang-undang mereka,
    berhak mendapat penjagaan kesihatan yang sama rata dan bermaruah.
Hak setiap kanak-kanak, tanpa mengira keadaan mereka, mesti dilindungi dan kami bersatu untuk menggesa JKNS menunaikan kewajipannya untuk melindungi hak-hak ini.



Back
CSO Platform for Reform

The CSO Platform for Reform is a coalition of more than 60 members focusing on institutional reforms for a better Malaysia for all.

Sitemap

Home
About
Clusters
Calendar
Media
> Publications
> Press Releases
> Productions

Contact
> Location & Contacts
> Membership
> Contact Form
> FAQ

Content Search

Contact Us

  • +603 79685415
  • info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8,
    Petaling Jaya, Selangor

© 2023 CSO Platform for Reform. All Rights Reserved

>>>>>>>>>>