• info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8, Petaling Jaya, Selangor
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us

Press Releases

Press Releases
Date: 24 Feb 2024

CSO Platform for Reform Menggesa untuk Penilaian yang Adil terhadap Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan Kabinet Bayangan

CSO Platform for Reform merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang menyatakan bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) adalah platform terbaik untuk memantau perjalanan setiap kementerian berbanding kabinet bayangan yang dibentuk oleh Perikatan Nasional (PN). Kami tidak bersetuju dengan kenyataan ini dan berpendapat bahawa pengiktirafan seharusnya diberikan kepada kedua- dua mekanisme ini serta menonjolkan kekuatan yang terdapat dalam konsep Kabinet bayangan.

Tidak dapat dinafikan bahawa JKPK sememangnya menyediakan platform untuk bentuk kerjasama dan pengawasan merentas parti. Kabinet bayangan berfungsi sebagai rakan sejawat penting dalam memastikan penelitian dan akauntabiliti yang teguh dalam sistem parlimen. Dalam perkara ini, United Kingdom (UK) dijadikan sebagai negara contoh dalam pelaksanaan kabinet bayangan ini.

CSO Platform for Reform berpandangan bahawa konsep Kabinet bayangan ini akan memperkasa kepakaran-kepakaran yang tertentu secara spesifik. Menteri-menteri Kabinet bayangan yang dilantik dalam konteks pembangkang parlimen akan mewakili kepakaran khusus mereka yang tersendiri bagi tujuan untuk meningkatkan pengawasan fungsi kerajaan. Pelantikan ini selalunya dibuat berdasarkan kelayakan, pengalaman, dan kepakaran ahli parlimen individu dalam bidang tertentu yang berkaitan dengan portfolio yang ditugaskan kepada mereka. Sebagai contoh, di UK pelantikan David Lammy sebagai Setiausaha Negara Bayangan untuk Hal Ehwal Luar, Komanwel dan Pembangunan adalah contoh yang sesuai di mana beliau mempunyai banyak pengalaman dalam kerajaan dan perkhidmatan awam seperti menjadi ahli Parlimen Tottenham sejak tahun 2000. Beliau juga merupakan pakar dalam bidang keadilan, pendidikan tinggi dan budaya, menjadikannya aset berharga dalam membentuk dasar dalam bidang penting ini. Latar belakangnya dalam undang-undang dan kerja advokasi mengenai keadilan sosial dan kesaksamaan adalah nilai tambah kepada kepakarannya.

Konsep Kabinet bayangan ini juga akan dilihat sebagai satu alternatif dalam konteks penggubalan dasar. Kabinet bayangan perlu memainkan peranan penting bukan sahaja dalam meneliti tindakan kerajaan tetapi juga dalam melibatkan diri secara aktif dalam penggubalan dasar dan inisiatif alternatif. Pendekatan proaktif ini akan berfungsi untuk memupuk persaingan idea yang sihat dalam sistem parlimen dan memastikan pelbagai perspektif dipertimbangkan dalam proses perundangan. Situasi ini boleh dilihat di UK menerusi penggubalan dasar pembangunan strategi ekonomi alternatif yang disediakan oleh Parti Buruh semasa Ed Miliband menjalankan tugasnya sebagai ketua Pembangkang dari tahun 2010 hingga tahun 2015. Pada masa ini, Canselor bayangan pimpinan Buruh, Ed Balls telah mengetuai usaha untuk menggariskan rancangan ekonomi alternatif yang menggalakkan pertumbuhan melalui pelaburan yang disasarkan dalam infrastruktur, penciptaan pekerjaan, dan sokongan untuk perniagaan kecil berbanding kerajaan pimpinan Konservatif yang hanya memfokuskan kepada penyatuan fiskal dan pemotongan perbelanjaan sahaja untuk mengurangkan defisit.

Pelaksanaan Kabinet bayangan ini juga akan meningkatkan kesedaran dan memastikan pihak kerajaan lebih bertanggungjawab di mata khalayak ramai. Pada masa ini platform media seharusnya diguna sehabis baik dalam meningkatkan keterlihatan menteri-menteri dalam Kabinet bayangan terhadap khalayak ramai. Dengan mengadakan sidang akhbar secara berkala, mengambil bahagian dalam perbahasan di televisyen, serta menjawab pertanyaan awam, menteri bayangan dapat menunjukkan akauntabiliti mereka kepada pengundi. Kesediaan mereka untuk melibatkan diri dengan media dalam menangani kebimbangan orang ramai akan mengukuhkan prinsip demokrasi pengawasan kerajaan seterusnya memupuk kepercayaan dan keyakinan rakyat dalam proses politik. CSO Platform for Reform mencadangkan agar anggota Kabinet bayangan ini diberi gaji melalui elaun parlimen yang diperuntukkan kepada parti pembangkang. Elaun ini akan meliputi pelbagai perbelanjaan, termasuk gaji untuk kakitangan, perbelanjaan pejabat, dan sumber lain yang diperlukan untuk fungsi MP pembangkang dan pasukan mereka. Situasi ini diterapkan di UK di mana gaji untuk ahli Kabinet bayangan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Piawaian Parlimen Bebas (IPSA) yang bertanggungjawab untuk menetapkan gaji dan perbelanjaan ahli parlimen di Parlimen UK. IPSA ini akan menyemak dan menyelaraskan gaji dan elaun ahli parlimen secara berkala berdasarkan kepada pelbagai faktor termasuk kos sara hidup dan gaji sektor awam yang setanding.

JKPK dan Kabinet bayangan memainkan peranan yang amat penting dalam menegakkan nilai demokrasi dan memastikan tadbir urus yang berkesan dalam sistem parlimen. Walaupun JKPK ini bertujuan dalam memupuk kerjasama dan pengawasan merentas barisan parti namun Kabinet bayangan berfungsi sebagai tonggak penting dalam penggubalan dasar dan akauntabiliti awam. Tambahan pula, kedua-kedua mekanisme ini dilihat dapat membentuk hubungan siombitik iaitu masing-masing memenuhi fungsi yang berbeza namun ia saling melengkapi dalam menegakkan prinsip demokrasi serta menggalakkan tadbir urus yang berkesan bagi kepentingan rakyat. CSO Platform For Reform menggesa Kerajaan Perpaduan Malaysia untuk menilai secara yang ke atas mekanisme JKPK dan Kabinet bayangan ini bagi memupuk pendekatan tadbir urus yang lebih mantap dan menyeluruh.

Note:
The CSO Platform for Reform is a coalition of 60 CSOs, based in Malaysia, focusing on institutional reforms.



Back
CSO Platform for Reform

The CSO Platform for Reform is a coalition of more than 60 members focusing on institutional reforms for a better Malaysia for all.

Sitemap

Home
About
Clusters
Calendar
Media
> Publications
> Press Releases
> Productions

Contact
> Location & Contacts
> Membership
> Contact Form
> FAQ

Content Search

Contact Us

  • +603 79685415
  • info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8,
    Petaling Jaya, Selangor

© 2023 CSO Platform for Reform. All Rights Reserved

>>>>>