• info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8, Petaling Jaya, Selangor
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us

Press Releases

Press Releases
Date: 24 Nov 2022

LONG LIVE DEMOCRACY! HIDUP DEMOKRASI!

CSO Platform for Reform ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Selepas lima hari menunggu Perdana Menteri pasca Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 yang berlangsung pada 19 November 2022 lalu, Malaysia kini mempunyai kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan, gabungan yang memperoleh 5,896,142 undi.

Bagi pihak 100 ahli organisasi masyarakat madani CSO Platform, kami memberi harapan yang tinggi bahawa segala kerja agenda reformasi akan tetap diteruskan dan dipercepatkan.

Kami meminta semua rakyat Malaysia untuk mengelakkan daripada membuat kenyataan yang boleh mencetuskan kebencian dan sentimen agama, hormatilah keputusan demokrasi.

Kami percaya bahawa perubahan dalam beberapa hari yang lepas telah mencerminkan demokrasi negara kita yang semakin matang; dan menyedari bahawa kerajaan perpaduan akan menghadapi banyak cabaran di masa hadapan.

Kami menyeru kerajaan baharu untuk meneruskan proses reformasi institusi, yang telah dimulakan pada 2018, ke tahap yang lebih tinggi untuk kebaikan negara.

CSO Platform for Reform sudah bersedia untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan sekali lagi, apabila Kabinet dipilih kelak.
Hidup Rakyat! Hidup Demokrasi!



Back
CSO Platform for Reform

The CSO Platform for Reform is a coalition of more than 60 members focusing on institutional reforms for a better Malaysia for all.

Sitemap

Home
About
Clusters
Calendar
Media
> Publications
> Press Releases
> Productions

Contact
> Location & Contacts
> Membership
> Contact Form
> FAQ

Content Search

Contact Us

  • +603 79685415
  • info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8,
    Petaling Jaya, Selangor

© 2023 CSO Platform for Reform. All Rights Reserved

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>