• info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8, Petaling Jaya, Selangor
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us

Press Releases

Press Releases
Date: 26 Apr 2022

KANAK-KANAK PERLU DIBERI PENDIDIKAN BUKAN DITAHAN

CSO Platform for Reform memandang serius kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Christina Liew, Ahli Parlimen (MP) Tawau & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api mengenai kanak-kanak jalanan di Kota Kinabalu.

Pada 21 April 2022, satu artikel yang dikeluarkan di sabahpost.net dan juga Free Malaysia Today, MP Tawau dan ADUN Api-Api, YB Christina Liew, dilaporkan menyeru pihak berkuasa untuk menahan kanak-kanak jalanan di Kota Kinabalu. Seruan ini berpunca daripada tindakan kanak-kanak yang meminta sedekah pengguna jalan raya dan meletakkan skru di atas jalan. Menurut YB Christina Liew, kanak-kanak ini bakal menjadi penjenayah pada masa akan datang dan mereka harus ditangkap dan dihantar pulang ke negara asal mereka oleh pihak berkuasa.

Sebagai satu gabungan badan-badan masyarakat madani yang berfokus kepada pembaharuan institusi di Malaysia, kami ingin membangkitkan bahawa kenyataan yang dibangkitkan dalam artikel tersebut adalah tidak berasaskan hak asasi manusia terhadap kanak-kanak tersebut.

Kami juga ingin mengingatkan YB Christina Liew bahawa Malaysia telah meratifikasikan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) pada tahun 1995. Sebagai sebuah Negara Pihak (State Party) kepada CRC, isu kanak-kanak terpinggir ini seharusnya dilihat secara keseluruhan melalui perspektif kemanusiaan dan mengambil langkah penyelesaian berdasarkan hak asasi manusia.

Oleh yang demikian, CSO Platform for Reform menyeru YB Christina Liew selaku ADUN Api-Api dan Ahli Parlimen Tawau untuk melihat dan mengambil tindakan progresif terhadap kanak-kanak terpinggir ini melalui cadangan berikut:

1. Mengadakan perbincangan dalam mencari solusi untuk isu warga tanpa negara di Sabah haruslah dilakukan dengan lebih mendesak dan merangkumi keterlibatan semua pihak bertanggungjawab mahupun di peringkat negeri, persekutuan dan antara negara.

2. Bekerjasama dengan pihak ketiga seperti badan bukan kerajaan untuk sama terlibat menjaga kebajikan kanak-kanak.

3. Mengiktiraf dan memberi sokongan kepada Sekolah-Sekolah Alternatif yang sedia ada, adakan perbincangan dengan NGO yang mengendalikan Sekolah-Sekolah Alternatif atas inisiatif sendiri.

4. Melihat latar belakang sejarah dan punca yang menyebabkan kanak-kanak tersebut menjadi sedemikian.


Pada 14 Oktober 2021, Malaysia telah dipilih untuk mengisi satu daripada 18 kerusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi penggal 2022-2024. Oleh itu, YB Christina Liew serta mana-mana wakil rakyat, seharusnya melihat isu ini sebagai satu inisiatif untuk mengambil pendekatan berasaskan kemanusiaan dan menyelesaikan isu warga tanpa negara di Sabah yang perlu diselesaikan dengan segera, seperti yang disarankan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di Kota Kinabalu baru-baru ini. Sebagai Negara Pihak, sudah menjadi tanggungjawab Malaysia untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan seterusnya hak asasi manusia sejagat.



Back
CSO Platform for Reform

The CSO Platform for Reform is a coalition of more than 60 members focusing on institutional reforms for a better Malaysia for all.

Sitemap

Home
About
Clusters
Calendar
Media
> Publications
> Press Releases
> Productions

Contact
> Location & Contacts
> Membership
> Contact Form
> FAQ

Content Search

Contact Us

  • +603 79685415
  • info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8,
    Petaling Jaya, Selangor

© 2023 CSO Platform for Reform. All Rights Reserved

>>>>>>>>>>>>>>