• info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8, Petaling Jaya, Selangor
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us

Press Releases

Press Releases
Date: 26 July 2023

DEDAHKAN PERJANJIAN 100 TAHUN KREDIT KARBON YANG TIDAK TELUS: CSO PLATFORM FOR REFORM GESA TINDAKAN SEGERA KERAJAAN NEGERI SABAH SELESAIKAN KERAHSIAAN DALAM NCA

CSO Platform for Reform menggesa kerajaan negeri Sabah untuk menjelaskan kedudukannya secara terbuka terhadap perjanjian 100 tahun iaitu Nature Conservation Agreement (NCA), yang ditandatangani secara tertutup pada Oktober 2021. CSO Platform telah menyerahkan memorandum bersama kepada Dewan Undangan Negeri Sabah pada 5 Disember 2021 yang menuntut penglibatan, pendedahan dan ketelusan tentang perjanjian karbon hutan Sabah.

Namun begitu, setelah hampir dua tahun, kerajaan masih tidak mengambil sebarang tindakan lanjut terhadap tuntutan ini. Hala tuju kerajaan dalam perjanjian ini masih tidak jelas yang menimbulkan keraguan tentang sama ada NCA ini mampu mengangkat kepentingan awam dalam NCA ini. Baru-baru ini, terdapat beberapa perkembangan untuk meneruskan pelaksanaan NCA. Pada 28 Jun 2023, Timbalan Ketua Menteri Dr Jeffrey Kitingan menyatakan bahawa Sabah kini dalam proses mengusahakan kira-kira 2 juta hektar hutan untuk projek pemuliharaan kredit karbon selama 100 tahun.

Kemudian pada 3 Julai 2023, setiausaha politiknya, Anuar Ghani, telah meminta sokongan untuk mendesak NCA dijalankan dengan segera bagi mengelakkan Sabah mengalami kerugian dalam projek ini.

Perkembangan ini bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nor Asiah Mohd Yusof, Peguam Negeri Sabah pada 9 Februari tahun lalu. Beliau jelas menekankan bahawa perjanjian itu tidak boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan menegaskan bahawa seberanag aktiviti perdagangan karbon tidak akan dibenarkan di Sabah sehingga NCA memenuhi beberapa ketetapan dengan sepenuhnya. Peguam Negeri Sabah harus mengisytiharkan pendirian mereka dengan segera terhadap aktiviti yang melibatkan kredit karbon di tanah.

CSO Platform for Reform, sebuah gabungan lebih 60 pertubuhan masyarakat sivil, turut menggesa Ketua Menteri Sabah, Haji Hajiji bin Noor mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai status NCA. Sebagai sebuah kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri Hajiji, yang menyokong kerajaan Madani, beliau sepatutnya berusaha untuk mengadakan lebih banyak penglibatan, memudahkan akses dan lebih telus dengan masyarakat tempatan, terutamanya komuniti orang asal yang bakal terkesan oleh NCA.

Ketelusan merupakan asas kepada kepimpinan tadbir urus yang baik. Ketiadaan ketelusan dalam NCA ini telah membawa kepada perhatian yang kritikal dan syak wasangka dalam kalangan organisasi dan media tempatan serta antarabangsa. NCA tidak memberi keterangan jelas tentang impak, potensi dan risiko projek ini terhadap alam sekitar, ekonomi dan komuniti orang asal di Sabah. Perkara ini menunjukkan tidak ada jaminan dan perlindungan terhadap hak dan kepentingan rakyat Sabah dalam tempoh 100 tahun. Kami ingin menyatakan pendirian kami bahawa kami tidak menentang NCA, tetapi kami memandang berat apabila perjanjian ini melibatkan penyerahan dua juta hektar tanah Sabah untuk pemuliharaan kredit karbon selama 100 tahun secara rahsia, tanpa mengadakan prinsip Izin Maklum Awal Bebas Telus (FPIC) yang sepatutnya melibatkan masyarakat tempatan dan menyebabkan majoriti rakyat Sabah tidak dilibatkan dalam proses tersebut.



Back
CSO Platform for Reform

The CSO Platform for Reform is a coalition of more than 60 members focusing on institutional reforms for a better Malaysia for all.

Sitemap

Home
About
Clusters
Calendar
Media
> Publications
> Press Releases
> Productions

Contact
> Location & Contacts
> Membership
> Contact Form
> FAQ

Content Search

Contact Us

  • +603 79685415
  • info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8,
    Petaling Jaya, Selangor

© 2023 CSO Platform for Reform. All Rights Reserved

>>>>>>