• info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8, Petaling Jaya, Selangor
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us

Press Releases

Press Releases
Date: 2 DEC 2022

MASYARAKAT MADANI SABAH MENYERU TINDAKAN SIASATAN LANJUT KES AYAH DAN ANAK DISERANG BUAYA DI LAHAD DATU, SABAH.

Menurut The Star, pada 1 Disember 2022 di Lahad Datu, Sabah, seorang lelaki cedera dan anak lelakinya yang berusia setahun telah hilang apabila seekor buaya menyerang mereka berhampiran ibu pejabat operasi polis marin. Artikel itu menyatakan bahawa buaya itu menyerang ketika bapa dan anak itu sedang mendayung bot di perairan luar pangkalan operasi Marin Lahad Datu. Anak lelaki itu masih hilang sehingga kini, manakala bapanya dimasukkan ke wad kerana kecederaan parah yang dialami dalam kejadian itu. Walaubagaimanapun, berdasarkan rakaman yang tular di Facebook, kedengaran orang di rakaman itu berkata "Siapa suruh kau lari tadi, tulah kena makan buaya". Terdapat satu catatan Facebook oleh Jefry Musa, seorang aktivis, di mana dia menyatakan bahawa “Anak ini dan ayahnya terjun ke laut kerana takut ada operasi dari imigresen”.

Rakaman dan kenyataan di atas menimbulkan persoalan mengenai artikel media yang melaporkan bahawa bapa dan anak itu sedang mendayung bot ketika tragedi itu berlaku; namun orang yang merakam video itu menunjukkan bahawa bapanya melarikan diri dan menjadi punca anaknya diserang oleh buaya.

CSO Platform for Reform (Sabah Chapter) menggesa siasatan lanjut dan secara mendalam mengenai kes ini untuk menegakkan hak bapa dan keadilan untuk anaknya. Kami menuntut semua pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengambil tindakan seperti berikut:

A.Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat sama ada bapa dan anak itu berakhir di laut akibat melarikan diri daripada pihak berkuasa kerajaan yang menyebabkan mereka diserang buaya.

B. Kerajaan Negeri Sabah untuk :
i. Memastikan mekanisme kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu tanpa kerakyatan dan orang yang tidak berdokumen adalah menghormati hak dan maruah manusia seseorang.
ii. Menilai semula fungsi mekanisme pematuhan undang-undang semasa negeri, bagi memastikan ia tidak menyebabkan kemudaratan yang tidak wajar terutamanya kepada mereka yang tidak dapat melindungi diri mereka sendiri.
iii. Melaksanakan kewajipan negeri dalam melindungi semua kanak-kanak selaras dengan Konvensyen Hak Kanak-kanak.
iv. Mengadakan penglibatan secara proaktif dengan NGO dan peguam bela yang bekerja rapat dengan komuniti terpinggir.

C. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) harus memastikan kesejahteraan dan keselamatan bapa yang cedera adalah terjamin.

D. Jabatan Imigresen Malaysia haruslah:
i. Menegakkan tanggungjawab mereka dengan mengutamakan nyawa semasa menjalankan tanggungjawab mereka.
ii. Dikriminalisasikan kesalahan yang berkaitan dengan imigresen yang bukan ancaman kepada negara, iaitu migran buruh dan individu tanpa kerakyatan.

Semua pihak berkuasa yang berkaitan harus mengambil tindakan ini untuk memastikan kanak-kanak tidak lagi hidup dalam ketakutan terhadap pihak berkuasa kerana diskriminasi terhadap mereka sebagai bukan warganegara Malaysia. Sebagai sebuah platform untuk badan masyarakat madani yang yang berfokus kepada pembaharuan institusi, kami menyeru untuk menamatkan ketidakadilan terhadap masyarakat, terutamanya kanak-kanak. Semua kanak-kanak sepatutnya dapat menjalani kehidupan yang bebas sebagai kanak-kanak untuk bermain, belajar dan mengembangkan diri mereka sepenuhnya.

Kenyataan ini disokong oleh:
1. Advocates For Non-Discrimination and Access To Knowledge (ANAK)
2. Belia Di Bawah Bayu
3. Borneo Komrad
4. Cahaya Society
5. Etania Schools Sabah
6. Ezplast Solution Sdn Bhd
7. Iskul Sama DiLaut Omadal
8. Kota Kita
9. Kudat Turtle Conservation Society (KTCS)
10. Non-Governmental Individual - Megan Steven
11. Pertubuhan Profesional Suluk Sabah (PROS)
12. Sabah Human Rights Centre (SHRC)
13. Sabah Reform Initiative (SARI)
14. Society For Equality, Respect And Trust For All Sabah (SERATA)
15. Suara Community Filmmaking
16. Tiada.Guru
17. Undi Sabah
18. ZeroWaste Sabah



Back
CSO Platform for Reform

The CSO Platform for Reform is a coalition of more than 60 members focusing on institutional reforms for a better Malaysia for all.

Sitemap

Home
About
Clusters
Calendar
Media
> Publications
> Press Releases
> Productions

Contact
> Location & Contacts
> Membership
> Contact Form
> FAQ

Content Search

Contact Us

  • +603 79685415
  • info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8,
    Petaling Jaya, Selangor

© 2023 CSO Platform for Reform. All Rights Reserved

>