• info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8, Petaling Jaya, Selangor
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us

Press Releases

Press Releases
Date: 2 Feb 2024

CSO Platform for Reform Menggesa Lembaga Pengampunan untuk Mendedahkan Justifikasi Process Pengurangan Tempoh Pemenjaraan dan Denda Najib Razak.

CSO Platform for Reform merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengenai pengampunan bagi mantan Perdana Menteri, Najib Razak, dengan penuh kekesalan dan seterusnya mendesak Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan untuk mendedahkan sebab-sebab berkenaan pengampunan sebanyak 50% bagi hukuman penjara dan 76% bagi denda yang perlu dibayar oleh Najib Razak.

Tindakan ini secara tidak langsung telah menyebabkan orang ramai akan kurang yakin terhadap aspek ketelusan dalam mengendalikan kes skandal terbesar rasuah yang pernah berlaku di negara ini. Kerajaan Madani yang ditadbir oleh Anwar Ibrahim seharusnya perlu mengemukakan sebab pengurangan 50% bagi hukuman penjara manakala 76% denda yang perlu dibayar oleh Najib Razak kepada orang ramai supaya memaparkan ketelusan mereka memerangi isu gejala rasuah tersebut. Hak ini jelas termaktub dalam Perlembagaan Malaysia di bawah Perkara 42(9) yang mewajibkan pendedahan sebarang pendapat bertulis yang dikemukakan oleh Peguam Negara kepada Yang-Di-Pertuan Agong. Dalam menekankan hak orang ramai terhadap maklumat ini, ia bukan sahaja menyoal tentang ketelusan tetapi juga aspek kritikal dalam menegakkan akauntabiliti dalam proses perundangan. Perkara 42(9) menggambarkan pengiktirafan perundangan terhadap hak orang ramai untuk mengakses butiran berkaitan prosiding pengampunan secara tidak langsung menambah keyakinan orang ramai terhadap lembaga pengampunan.

Selain itu, kami berpandangan bahawa kepentingan ketelusan dalam hal ini melangkaui pematuhan prosedur semata-mata. Lembaga Pengampunan perlu berfungsi sebagai asas dalam mengekalkan kepercayaan orang ramai terhadap mekanisme pengampunan yang diamanatkan oleh perlembagaan. Dalam situasi Najib Razak, aspek ketelusan dapat dipraktikkan dengan mendedahkan secara menyeluruh alasan yang mendorong kepada permohonanya supaya ia dapat memberi pemahaman yang jelas kepada orang ramai mengenai asas untuk mendapatkan pengampunan tersebut.

Pengeluaran pengampunan tanpa justifikasi ini akan membawa implikasi mendalam yang melangkaui kesan segeranya terhadap individu yang terlibat. Perbuatan sedemikian akan mendatangkan kerosakan yang besar pada prinsip asas kedaulatan undang-undang dan menghakis unsur-unsur penting yang menyokong masyarakat yang adil dan stabil. Sebagai contohnya, pengampunan yang tidak wajar akan menjejaskan kedaulatan undang-undang dengan menandakan penyimpangan daripada prinsip akauntabiliti dan kesaksamaan di hadapan undang-undang. Kedaulatan undang-undang bergantung pada penggunaan piawaian undang-undang yang konsisten dan saksama kepada semua rakyat. Apabila pengampunan tidak mempunyai justifikasi yang jelas, ia memperkenalkan unsur sewenang-wenangnya, menunjukkan bahawa individu tertentu mungkin dikecualikan daripada akibat undang-undang tanpa sebab yang mencukupi. Ini menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap keadilan dan integriti sistem perundangan, menimbulkan rasa ketidakadilan di kalangan rakyat.

CSO Platform For Reform ingin menegaskan bahawa undang-undang tidak sepatutnya bersifat dua darjat yang hanya terus menindas yang miskin dan membantu golongan elit penguasa. Pada dasarnya perlembagaan negara bukan semata-mata menjadi prinsip undang-undang sahaja namun ia juga adalah falsafah panduan yang menjadi asas kepada struktur masyarakat yang bertamadun. Penerapan secara konsisten amat diperlukan untuk memastikan kesaksamaan yang seterusnya membawa kepada kemajuan sosial dan pembangunan ekonomi yang berterusan. Pengampunan yang diberikan sebanyak 50% bagi hukuman dan 76% bagi denda yang perlu dibayar menjadi satu tamparan yang hebat terhadap kerajaan Madani dibawah pimpinan Anwar Ibrahim berkenaan aspek ketelusan dan akauntibilti.

Persoalan akan timbul menerusi janji yang diutarakan oleh kerajaan Madani sebelum ini dengan memulakan tadbir urus mereka dengan menghapuskan gejala rasuah. Bagaimanakah kerajaan Anwar boleh menunaikan janji mereka dengan mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih serta mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap kredibiliti kerajaan mereka?



Back
CSO Platform for Reform

The CSO Platform for Reform is a coalition of more than 60 members focusing on institutional reforms for a better Malaysia for all.

Sitemap

Home
About
Clusters
Calendar
Media
> Publications
> Press Releases
> Productions

Contact
> Location & Contacts
> Membership
> Contact Form
> FAQ

Content Search

Contact Us

  • +603 79685415
  • info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8,
    Petaling Jaya, Selangor

© 2023 CSO Platform for Reform. All Rights Reserved

>>>>>