• info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8, Petaling Jaya, Selangor
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us

Press Releases

Press Releases
Date: 5 August 2023

KEPUTUSAN PARTI MUDA MENCALONKAN 50% CALON WANITA DI PRN MERUPAKAN SUATU SIKAP YANG PATUT DICONTOHI OLEH PARTI-PARTI LAIN DI MALAYSIA.

CSO Platform for Reform ingin memuji keputusan Parti MUDA kerana telah mencalonkan 50% Calon Wanita bagi Pilihanraya Negeri akan datang. Keputusan ini sangatlah progresif dan mengangkat wanita ke dalam pusat ruang pembuatan keputusan dalam jumlah yang besar dan sebagai rakan kongsi yang penuh.

Ini juga dapat meningkatkan peluang untuk perwakilan wanita yang lebih besar di dalam politik. Kami berharap agar parti-parti lain juga boleh mengikut contoh Parti MUDA dalam mengetengahkan calon Wanita di dalam pilihanraya akan datang.

Sejak Malaysia ditubuhkan, barisan kepimpinan kebiasaannya hanya dipenuhi dengan golongan lelaki. Golongan Wanita jarang diberikan kepercayaan untuk berada di barisan kepimpinan. Hal ini bukanlah sesuatu yang baik kerana golongan Wanita juga memainkan peranan yang amat penting dalam kalangan masyarakat. Oleh yang demikian, pencalonan Wanita di dalam pilihanraya dapat membuka peluang kepada golongan Wanita untuk memenuhi barisan kepimpinan negara dan negeri.

Setelah sekian lama, suara Wanita di Malaysia tenggelam oleh kerana corak politik yang didominasi oleh golongan lelaki. Sedangkan, para Wanita juga mempunyai hak untuk bersuara dan berjuang demi mengangkat hak mereka. Oleh yang demikian, peningkatan keterlibatan para Wanita di dalam arena politik akan memberi ruang kepada mereka untuk bersuara dan berjuang demi hak mereka.

Golongan Wanita membarisi kepimpinan negara bukanlah sesuatu yang aneh di dunia luar. Terdapat banyak tokoh-tokoh politik Wanita di luar negara. Sebagai contoh, Bekas Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern. Beliau merupakan seorang Wanita, tetapi legasi yang beliau tinggalkan di New Zealand amatlah besar. Jelas di sini membuktikan keupayaan golongan Wanita setara dengan golongan lelaki di dalam mengendalikan kerja-kerja kepimpinan negara.

CSO Platform for Reform memuji keputusan Parti MUDA kerana memberi peluang kepada lebih ramai para Wanita untuk menyertai politik negara. Penyertaan para Wanita dan lelaki di dalam arena politik negara perlulah sama rata dan adil. Hal ini akan menjamin hak semua rakyat dapat diangkat. Kami menyeru agar parti-parti lain menjadikan Parti MUDA sebagai contoh dalam mengetengahkan pemimpin Wanita.



Back
CSO Platform for Reform

The CSO Platform for Reform is a coalition of more than 60 members focusing on institutional reforms for a better Malaysia for all.

Sitemap

Home
About
Clusters
Calendar
Media
> Publications
> Press Releases
> Productions

Contact
> Location & Contacts
> Membership
> Contact Form
> FAQ

Content Search

Contact Us

  • +603 79685415
  • info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8,
    Petaling Jaya, Selangor

© 2023 CSO Platform for Reform. All Rights Reserved

>>>>>