• info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8, Petaling Jaya, Selangor
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us

Press Releases

Press Releases
Date: 6 Sept 2023

MENUNTUT KETELUSAN DAN PEMISAHAN KUASA: RESPON KEPADA KEPUTUSAN LEPAS TANPA DIBEBASKAN (DNAA) ZAHID HAMIDI

CSO Platform for Reform ingin menyatakan kebimbangan besar kami mengenai keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini untuk memberi ‘Pelepasan Tanpa Bebas’ (DNAA) kepada Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi ke atas semua 47 rasuah, pecah amanah jenayah, dan pertuduhan pengubahan wang haram selepas perbicaraan selama empat tahun di Mahkamah Tinggi.

DNAA telah diminta oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) walaupun selepas kes prima facie terhadap Zahid Hamidi telah pun diwujudkan. Orang ramai berhak mendapat penjelasan yang menyeluruh bagi keputusan ini, kerana ia menimbulkan persoalan yang jelas tentang motif dan alasan di sebalik langkah ini.

AGC harus telus dalam hal kepentingan awam ini, dengan menjelaskan sebarang kemungkinan pertuduhan atau bukti baharu yang sedang dipertimbangkan. AGC juga perlu menjelaskan hala tuju penyiasatan baharu yang mereka lakukan dalam kes Zahid Hamidi. Rakyat Malaysia berhak mengetahui perkembangan kes ini.

Dalam hal ini, kami ingin menyatakan keperluan mendesak untuk pengasingan kuasa antara AGC dan Pendakwa Raya. Pemberian DNAA kepada Zahid Hamidi telah menimbulkan pelbagai persoalan tentang kemungkinan campur tangan dalam proses membuat keputusan. Hanya melalui pengasingan kuasa antara AGC dan Pendakwa Raya sahaja kerajaan dapat memulihkan kepercayaan rakyat terhadap sistem perundangan Malaysia.

Pada masa ini, Peguam Negara juga memegang jawatan Ketua Pendakwa Raya. Jawatan ini tidak seharusnya disatukan terutama apabila ia diisi melalui pelantikan politik. Ini telah menimbulkan persepsi bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara dipengaruhi oleh pihak eksekutif.

Oleh itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mesti melaksanakan reformasi ini. Kami percaya agenda reformasi bagi jawatan Peguam Negara ini amatlah dinanti-nantikan oleh rakyat terutama daripada seorang Perdana Menteri yang sering memperjuangkan agenda reformasi dan menekankan kepentingan tadbir urus yang baik.

CSO Platform for Reform sekali lagi menyatakan kebimbangan kami dengan keputusan yang dibuat oleh AGC semalam. AGC perlu menangani segala keraguan dan persoalan yang timbul, dan mereka mesti telus dengan orang ramai tentang hala tuju kes Zahid Hamidi. Kami menyeru Kerajaan Madani untuk segera melaksanakan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya. Ini bukan reformasi yang "sekadar ada" tetapi penting untuk mewujudkan semula kepercayaan dan keyakinan orang ramai yang telah hilang kerana keputusan ini.

Ini bukan lagi masa untuk perbincangan tetapi pelaksanaan.



Back
CSO Platform for Reform

The CSO Platform for Reform is a coalition of more than 60 members focusing on institutional reforms for a better Malaysia for all.

Sitemap

Home
About
Clusters
Calendar
Media
> Publications
> Press Releases
> Productions

Contact
> Location & Contacts
> Membership
> Contact Form
> FAQ

Content Search

Contact Us

  • +603 79685415
  • info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8,
    Petaling Jaya, Selangor

© 2023 CSO Platform for Reform. All Rights Reserved

>>>>>>>