• info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8, Petaling Jaya, Selangor
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us
CSO Platform for Reform
  • Home
  • About
  • Clusters
    • URC Members
  • Calendar
  • Media
    • Publications
    • Press Releases
    • Productions
  • Contact
    • Location & Contacts
    • Become A Member
    • Feedback & Enquiry
    • FAQ
Join Us

Press Releases

Press Releases
Date: 5 Feb 2023

SEGERA LAKSANAKAN SYOR IRC

CSO Platform for Reform memuji komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada Kerajaan Perpaduan terhadap pembaharuan institusi. Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, yang telah menunjukkan kepemimpinan yang luar biasa dengan mengadakan sesi libat urus dengan CSO dan pihak yang berkepentingan. Ini merupakan sebuah permulaan yang baik kepada kerja pembaharuan yang bermula pada tahun 2018, di mana CSO Platform for Reform dan ahli-ahli masyarakat madani yang lain telah membuat sumbangan yang besar terhadap agenda reformasi dengan mengemukakan lebih 50 syor kepada Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC).

Cadangan ini merangkumi pelbagai pembaharuan dalam peringkat dasar, undang-undang, parlimen, tadbir urus, pelantikan serta institusi. Dalam pertemuan bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dato Johari baru-baru ini, CSO Platform for Reform telah menerima sokongan beliau yang secara prinsipnya telah menerima syor kami untuk pembaharuan. Ini termasuklah penggunaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk mengasingkan kuasa dan meningkatkan akauntabiliti melalui penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas yang inklusif rentas parti dan Akta Perkhidmatan Parlimen. Speaker juga menekankan kepentingan mesyuarat yang lebih fokus antara CSO Platform for Reform dan ahli Parlimen rentas parti untuk mempromosikan sesi libat urus parlimen bersama orang awam.

Kerajaan terdahulu telah gagal dalam melaksanakan pembaharuan ini dimana ia telah memberi kesan teruk kepada sistem tadbir urus, ketelusan dan akauntabiliti kerajaan. CSO Platform for Reform ingin menyeru Kerajaan Perpaduan untuk mengambil tindakan segera dan membentangkan laporan IRC kepada umum. Laporan itu berfungsi sebagai asas permulaan untuk menjadikan sistem pentadbiran kerajaan yang lebih baik dan mesti dibentangkan kepada orang awam tanpa sebarang penangguhan. Dengan keboleh capaian kepada laporan IRC, orang awam dengan maklumat yang jelas dapat membuat keputusan untuk menyokong dan mendorong semangat pembaharuan.

Kami menggesa kerajaan untuk bertindak segera mengikut syor kami dan melaksanakan pembaharuan tanpa sebarang penangguhan lagi. Rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah kerajaan yang telus, bertanggungjawab dan responsif, dan CSO Platform for Reform akan terus menyokong agenda pembaharuan ini sehingga ia dapat direalisasikan sepenuhnya.



Back
CSO Platform for Reform

The CSO Platform for Reform is a coalition of more than 60 members focusing on institutional reforms for a better Malaysia for all.

Sitemap

Home
About
Clusters
Calendar
Media
> Publications
> Press Releases
> Productions

Contact
> Location & Contacts
> Membership
> Contact Form
> FAQ

Content Search

Contact Us

  • +603 79685415
  • info@csoplatform.com
  • 8 Avenue, Seksyen 8,
    Petaling Jaya, Selangor

© 2023 CSO Platform for Reform. All Rights Reserved

>>>>>>>>>>>>>>>>>>